Wednesday, 3 August 2011

Kami bukan monyet

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. “Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.” “Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media. “Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini. Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

Kepala terlekat di pelepah sawit (update gambar)

NGERI...tengkorak seorang lelaki hampir reput yang terlekat pada pelepah kelapa sawit. (harian metro)
KEPALA yang ditemui terlekat pada pelepah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Air Merah,semalam.
Bau meloyakan disangka bangkai haiwan KULIM: Seorang pekerja ladang terkejut menemui kepala manusia terlekat pada pelepah kelapa sawit ketika dia sedang mengait buahnya di Ladang Air Merah berhampiran Taman Melur di sini, semalam.
S Nandakumaran, 31, berkata dia terhidu bau busuk yang meloyakan sebaik memasuki ladang itu, pagi semalam, namun menyangkakan bau itu daripada bangkai haiwan.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di sebatang pokok sawit setinggi kira-kira dua meter dan cuba mengait buahnya dia ternampak objek berwarna hitam dan berbau busuk.

“Saya kemudian menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah kepala manusia yang hampir reput.

“Di kawasan berhampiran, saya terserempak mayat manusia yang sudah reput tanpa kepala. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nandakumaran berkata, kali terakhir dia menjalankan kerja mengutip buah kelapa sawit di situ adalah pada 13 Julai lalu dan ketika itu tiada apa-apa berlaku di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui berhampiran mayat mangsa, polis mengenal pastinya sebagai lelaki bernama, A Benny Roy, 31, dari Klang, Selangor.

“Polis turut menemui seutas tali pada kepala mangsa, manakala bahagian badannya yang lain terasing mungkin dibawa oleh binatang. Keadaan mayat itu hampir reput dan hanya tinggal kaki saja manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari situ.

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan buat masa ini kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Ghuzlan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai berdekatan atau Balai Polis Kulim di talian 04-4906222.

Resistance Bands, Free Blogger Templates