Friday 29 July 2011

Wad kecemasan HKL terbakar, Rentung dalam wad


CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. Foto: Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.


Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.

Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.


"Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.


"Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal," katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.

Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.


"Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu.



Pelakon Stanza Cinta Nur fathia dah kawin?

tak percaya ker? Ada bukti ni
gambar kawin dia

lagi?

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6

6


Ok kene tipu!
gambar ni Scene kahwin cinta dan harapan!!
nantikan...

Norman, Memey bebas tuduhan khalwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, pagi ini melepas dan membebaskan pelakon, Norman Hakim dan tunangnya, Memey daripada tuduhan berkhalwat tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Salehan Yatim.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Norman_Memeybebastuduhankhalwat/Article

JOM Layan gambar-gambar mesra pasangan HANGAT






Jaringan lawan sentap semangat

KETUA pasukan dan penyerang negara, Mohd Safee Sali dikawal ketat pemain pertahanan Singapura, Mustafic Fahrudin dalam perlawanan pusingan dan peringkat kedua kelayakan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FOTO Mohd Yusni Ariffin

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali yang sekali lagi menggegar jaring Singapura akur betapa gol lawan yang mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-71 menyentap semangat juang Harimau Malaya untuk memburu gol kedua.
“Saya gembira kerana sekali lagi menggegar jaring lawan, tetapi apakan daya ia masih belum cukup membantu kemaraan pasukan apabila lawan menyamakan kedudukan.
“Saya akui jaringan lawan itu tambah menyukarkan cabaran kami selepas itu,” katanya sejurus tamat perlawanan kedua, pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Safee yang memakai lilitan lengan selaku kapten menggantikan Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah dalam perlawanan pertama mengakui harapan pasukan menewaskan musuh tradisi itu sekurang-kurangnya 2-0 menyala selepas dia meledak jaringan semangat pada minit ke-57. Begitupun, penyerang yang berkelana ke Indonesia beraksi bersama Pelita Jaya tidak mahu menyalahkan sesiapa di sebalik gol lawan dijaringkan pemain naturalisasi, Shi Jiayi pada minit ke-71. “Semua pemain memberi komitmen tinggi tapi tuah tidak menyebelahi pasukan. Kami minta maaf. Kami juga menghargai sokongan penyokong setia kami,” katanya.


Impian berkecai

Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
SORAKAN awal lebih 85,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi bertukar muram kerana realitinya Harimau Malaya berundur dengan nota pilu selepas tersingkir daripada meneruskan lagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan seri 1-1 jelas bukan apa diharapkan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua buat menyaksikan lawan mereka, Singapura lega dapat layak ke pusingan ketiga dengan agregat kemenangan 6-4.
Ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal tidak dinafikan penuh hampa dan apabila diminta komen hanya dapat berkata: “Kita tidak kalah di sini (Bukit Jalil).

Skuad negara mendahului menerusi jaringan kapten, Safee Sali minit ke-57 sebelum Shi Jiayi muncul pemusnah impian besar Harimau Malaya, minit ke-71.

Thursday 28 July 2011

Harimau Malaya tampil dengan jersi biru


KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya akan menyarung jersi biru bagi menentang pasukan Singapura dalam perlawanan dan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, malam ini. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata demikian dalam jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian sebentar tadi

Doa-doa: harap sangat dengan berjersi biru dapat menang seperti Menang Piala Suzuki AFF 2010


Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik, Pukul Puteri Sarah


PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”

Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.

“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.

“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.

Tawaran-Tawaran Terhangat Dan Terkini

Sila Pilih-Pilih Dan Klik H

ª RM68 OF FACIAL TREATMENT + BODY MASSAGE

ª RM49 FOR ALL-IN-ONE BEAUTY PACKAGE

ª Ramadan & Syawal Hampers in Luxurious Representations from as low as RM87.50 + Free Delivery

ª RM50 for 1 Hour Unlimited Shots of Couple Outdoor Photography + Two 8R Photos + Six 4R Photos + CD with 50 Touched Up Photos

Singa dah kecut perut dengar 85000 tiket habis dijual

TERUJA...Tengku Abdullah ceria ketika meluangkan masa melawat sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

BERITA 85,000 tiket perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil yang habis dijual semalam nyata mengundang rasa kurang senang buat jurulatih kelahiran Serbia, Radojko Avramovic.

Bagaimanapun beliau tetap menganggap anak buahnya sedia mengharungi sorakan penyokong Harimau Malaya di stadium yang membawa tuah kepada pasukan tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF, Disember lalu.


“Memang sukar jika semua 85,000 penyokong datang menyaksikan perlawanan esok (hari ini), tapi pemain saya sudah melalui situasi sama sebelum ini dan kami sudah cukup bersedia.

“Dari aspek lain, kehadiran penyokong yang ramai ini bagus untuk kedua-dua pasukan daripada bermain tanpa penyokong,” katanya dalam sidang media yang turut disertai rakan sejawat, Datuk K Rajagobal semalam.


Skuad Singa kini memiliki kelebihan dua gol selepas melakar kemenangan 5-3 ke atas Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.


Dan jurulatih yang mula membimbing Singapura pada 2003 itu nyata tidak menyenangi soalan wartawam yang menyentuh mengenai strategi bakal digunakannya pada aksi timbal balik nanti.

“Siapa beritahu anda yang kami akan bermain (secara bertahan) seperti itu? Siapa yang beritahu anda yang kami akan hanya bertahan dan tidak menyerang? Saya anggap ini perlawanan ini seperti yang lain.


“Apa yang penting kami sudah bersedia untuk mencapai sasaran kami bagi layak ke pusingan seterusnya,” kata Avramovic, turut dikenali dengan panggilan Raddy.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Raddykecut/Article/index_html


Impak Nora Elena


Saleha tak mahu jadi pelakon 'meletup' menerusi kisah kontroversi

BIARPUN menjalani hidup tanpa seorang ibu sejak kecil, ia bukan bermakna pelakon jelita yang melonjak namanya menerusi drama bersiri, Nora Elena yang disiarkan di kaca TV3, Siti Saleha, 21, boleh berbuat sesuka hati, malah kehidupan peribadinya dikawal ketat bapa dan abangnya.
Bapanya, Mohd Baharum Abdul Rahman dan ibunya, Aishah Rahman berpisah sejak Saleha berusia 10 tahun. Ibunya, wanita kacukan Inggeris – Belanda pulang ke England selepas bercerai. Saleha dan abangnya, Sam (vokalis kumpulan Bunkface) ditinggalkan bersama bapa, manakala kakak sulungnya, Rosnah Tracy pula dibawa ibunya.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan Saleha, gadis suka bersosial apabila gambarnya berparti dan berpelukan dengan beberapa jejaka mat salih tersebar dalam internet, baru-baru ini. Sedangkan beberapa gambar berkenaan dirakamkan Saleha bersama sanak saudara sebelah ibu dan dicuri daripada laman Facebook miliknya.

“Walaupun saya tidak mempunyai ibu seperti orang lain, tetapi bapa dan abang menjaga saya dengan baik. Malah, keluarga sebelah bapa yang ramai sentiasa mengambil berat mengenai saya dan Sam. Bapa sentiasa menemani saya ke lokasi penggambaran mahupun uji bakat. Saya tidak dilepaskan sewenang-wenangnya.

“Hubungan saya dengan ibu baik walaupun kami terpisah jauh. Saya sering mengunjungi ibu dan kakak sulung di England jika mempunyai masa yang terluang. Sam pula seorang abang yang tegas dan sentiasa mengambil berat.

“Sikapnya berbeza ketika bersama teman-temannya. Saya lihat Sam gila-gila bersama temannya, tetapi tidak ketika di rumah. Saya masih teringat pesanan Sam, jangan buat sesuatu yang memalukan keluarga, tetapi akhirnya saya terperangkap dengan kontroversi apabila gambar bersama sanak saudara sebelah ibu tersebar di internet, baru-baru ini.
“Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3.

“Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan,” kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Saleha juga menjelaskan, dia tidak mahu menjadi pelakon yang `meletup’ menerusi kisah kontroversi. Dia tidak kisah namanya meniti populariti dengan perlahan, walaupun sudah bergelar pelakon sejak tiga tahun lalu.

“Ada yang bertanya kenapa sudah tiga tahun berlakon tetapi nama tidak menginjak popular dan belum berlakon filem? Saya tidak nafikan, saya tidak popular mana, tetapi sejak drama Nora Elena disiarkan, kehadiran saya mula mendapat perhatian. Saya berlakon bukannya mahu mengejar populariti, kalau boleh saya mahu nama saya bersih daripada kontroversi.

“Tetapi saya sebagai manusia hanya mampu merancang, takdir akan menentukan segala-galanya. Saya tidak nafikan, menerima beberapa tawaran berlakon filem di awal kemunculan, tetapi terpaksa menolak disebabkan saya terikat dengan pelajaran.

“Selain itu, saya mahu menimba pengalaman menerusi berlakon drama terlebih dulu, saya mahu mempelbagaikan watak. Saya tidak mahu terkejar-kejar, sedangkan lakonan saya masih banyak kelemahan,” kata gadis kelahiran Basildon, England itu.

Gadis yang diperkenalkan menerusi drama bersiri, Kecuali Cintamu yang disiarkan menerusi Astro tiga tahun lalu itu berkata, dia tidak selesa jika dikaitkan dengan abangnya, Sam malah banyak fotografi bersama Sam ditolak secara baik.

“Saya tahu abang saya popular. Disebabkan itulah, saya dan Sam memilih jalan masing-masing, malah Sam juga tidak pernah mengaitkan saya dalam kerjayanya. Dia juga mahu saya berdiri dengan sendiri dalam membina kerjaya sebagai pelakon. Saya juga tidak mahu dianggap menumpang populariti Sam. Biarlah saya rasa susah seperti Sam merasainya dulu sebelum menempa nama. Bagaimanapun, maaf bukan saya jual mahal untuk bergandingan dengan Sam, sebaliknya saya dan Sam punya prinsip masing-masing,” katanya.

INFO: Siti Saleha
Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Tempat Lahir: Basildon, England
Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena
Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley's Double Mint.

JOM LAYAN GAMBAR SOSIAL SITI SALEHA, NORA ELENA NI






Wednesday 27 July 2011

85,000 tiket sudah habis dijual


SEBAHAGIAN peminat bola sepak gembira dengan tiket yang dibeli sementara orang ramai masih beratur panjang bagi mendapatkan tiket perlawanan timbal balik, kelayakan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2014 zon Asia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sehingga jam 12.30 tengah hari tadi hampir 85,000 tiket sudah habis dijual. - Foto Osman Adnan Jul 27, 2011 3:26 pm

Misi sang Harimau dan Singa

Misi berjuang habis-habisan

SKUAD bola sepak kebangsaan sudah dianggap terlalu sinonim mengharungi perjalanan sukar untuk meraih sesuatu kejayaan.

Pertamanya, pada Sukan SEA 2009 di Laos, kekala- han 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpu- lan menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir hampir tertutup kecuali perlu menewaskan Thailand.

Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Arthit Sunthorn- pit, Malaysia nyaris tersingkir sebelum mendapat dua gol lewat menerusi Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-81 dan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Malaysia akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final setelah terlebih dahulu menyingkirkan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir.

Keduanya, pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal ke pusingan kedua biarpun pada aksi terakhir peringkat kumpulan tewas 0-3 kepada China.

Aksi itu penuh kontroversi apabila pengadil dari Australia, Ben Williams melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Hasrat mencipta satu lagi sejarah mara ke suku akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Iran akibat kepincangan tiga tonggak utama yang digantung itu.

Ketiganya, pada Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan. Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa bergantung harap kepada Indonesia pada aksi terakhir.

Mujur Indonesia menewaskan Thailand 2-1. mana- kala Malaysia membelasah Laos 5-1, sekali gus berjaya mara ke separuh akhir dan akhirnya muncul juara setelah menumbangkan Indonesia dengan agregat 4-2 di final.

Kini situasi dan skrip sama berulang lagi apabila peluang Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 belum terjamin setelah tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

"Kami akan turun ke padang (esok) dengan menta- liti untuk menang bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga.

"Para pemain telah membuktikan dalam situasi seperti ini sebelum ini yang mana mereka akhirnya berjaya juga bangkit dengan baik dan seterusnya mencipta kejayaan.

"Cuma saya harap mereka jangan hilang fokus meskipun berjaya mendahului.

"Saya tuntut fokus mereka melebihi daripada 90 minit permainan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.

Gambar kahwin rozita che wan


60,000 tiket habis dijual

SEBANYAK 60,000 tiket bagi perlawanan kedua pusingan kedua Piala Dunia di antara Malaysia dan Singapura esok yang dijual di tiga stadium habis dijual.
Sementara itu, waktu operasi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel dilanjutkan sempena perlawanan berkenaan.

Pengurus media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata, perkhidmatan laluan LRT Ampang terus ke stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam manakala laluan LRT Kelana Jaya dan KL Monorel sehingga 1 pagi.

PENJINAK SINGA...


PENJINAK SINGA...

Wajah yakin barisan pertahanan skuad Harimau Malaya ini menceritakan betapa mereka sudah bersedia menjinakkan barisan serangan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

(Dari kiri) Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Muhammad Fadhli Mohd Salleh, Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan Abd Radzak bakal diuji ketika sumbangan mereka menjadi pertaruhan maruah pasukan - layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. - Foto Hazreen Mohamad

Tuesday 26 July 2011

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah:-
* Pontian Kecil di Johor
* Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka)
* Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
* Bukit Melawati (Selangor)
* Pulau Angsa (Selangor)
* Bukit Jugra (Selangor)
* Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
* Pantai Pasir Panjang (Perak)
* Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
* Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
* Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
* Menara Alor Setar (Kedah).
* Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
* Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu)
* Pulau Perhentian (Terengganu)
* Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu)
* Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
* Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan)
* Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
* Tanjung Lubang, Miri (Sarawak)
* Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
* Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
* Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah
* Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang)
* Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
* Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
* Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)
* Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
* Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan,
* Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 

4,200 kereta Honda di Singapura dipanggil semula


SINGAPURA: Kira-kira 4,200 kereta Honda yang dijual oleh Kah Motors di
Singapura terpaksa dipanggil semula berikutan 200,000 kereta penumpang
buatan Jepun itu di seluruh dunia dikesan mempunyai kerosakan di
bahagian enjin.

Kerosakan skru enjin boleh menyebabkan masalah terhadap sistem
penyejukan motor dan kemudiannya mungkin menyebabkan enjin berhenti.

Syarikat berkenaan berkata, ia menerima 63 aduan daripada pelanggan di
Jepun berkaitan masalah enjin akibat kerosakan berkenaan tetapi tiada
yang menyebabkan kemalangan. - BERNAMA.

Resistance Bands, Free Blogger Templates