Saturday 27 August 2011

Linda Onn dengan motor Ducati Diavel

VROMM VROMMM VROMMM

Wednesday 24 August 2011

iqram dinzly dah nikah dengan fouziah gous??

Di copy dari twitter

#kalauDahJodoh seriousnye pegapit n pengantin @ZahirilAdzim @IqramDinzlyHM

Di copy dari twitter

#kalauDahJodoh selamat pengantin baruuuu.. Mampui gak akhirnya!



BETUL KAH ATAU SEKADAR LAKONAN??



Thursday 18 August 2011

Gambar Mohd Raffie mangsa simbah asid

Caption:

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- TANGGUNG DERITA... Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lepas. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA



Caption:

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- KECERIAAN WAJAH ASAL... Mangsa serangan simbahan asid Mohd Raffie Abdul Latiff, 28, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lepas. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA

Siti Nurhaliza Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah -

Siti dan suami akan mengerjakan umrah di Mekah pada 19 Ogos ini. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.

“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.

Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.

Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.

“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

“Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.

“Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.

Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.

“Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.

Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.

Wednesday 17 August 2011

Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin

Kad undangan perkahwinan Norman dan Memey sudah diedar.

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.

Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.

“Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain.

“Sementara itu, jemputan untuk rakan-rakan artis hanya dibuat pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.

“Kita telah melakukan sesi fotografi pada beberapa bulan lalu dan gambar-gambar eksklusif itu telah tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini.

“Tapi biasalah perkara-perkara tersebut merupakan lumrah dan ia di luar kawalan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, untuk majlis di Kota Tinggi, Ezuwan Ismail bertindak sebagai pereka busana bagi majlis akad nikah yang akan diadakan selepas Asar pada 24 September.

Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.

Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur.

Mizz Nina dan Noh Hujan Diulit bahagia









Ramadan tahun ini lebih bermakna



JADUAL kerja Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dalam bulan puasa ini tetap padat dengan pelbagai perancangan untuk mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seninya.

Ketika ini dia sabar menanti kemunculan video klip lagu terbarunya, Takeover yang akan disiarkan di MTV Asia pada 19 Ogos nanti. Video klip itu dibuat di Miami.

Dalam menanti kemunculan video klip itu, Mizz Nina sudah melakukan persediaan untuk menghasilkan lagu baru nyanyiannya kerana mengikut perancangan mahu dikeluarkan tahun depan.



Mujurlah dalam proses menyiapkan lagu terbaru itu, dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan daripada suaminya, Noh Salleh atau Noh Hujan.



Biarpun Noh sendiri memang agak sibuk menyiapkan lagu baru untuk kumpulan Hujan yang dijangka mahu dipasarkan bulan depan, tetapi masih mempunyai masa menemani isterinya di studio rakaman.



“Bulan puasa memang masing-masing sibuk. Walaupun tak ada persembahan, Noh banyak menghabiskan masa di studio, manakala saya sibuk di rumah.

“Kali pertama berpuasa dan beraya sebagai pasangan suami isteri, rasa lain sikit sebab sebelum ini dengan keluarga tapi sekarang apa-apa pun berdua,” kata Mizz Nina.



Mengulas mengenai lagu TakeOver, Mizz Nina yang kadang kala disapa dengan panggilan Nina saja, menjelaskan single itu dikeluarkan pada Jun lalu dan dinyanyikan secara berduet dengan penyanyi antarabangsa, Flo Rida. Sebelum ini, Nina muncul dengan dengan lagu single, What You Waiting For pada tahun 2010.



Tidak menumpukan kepada lagu Inggeris saja, Nina mengorak langkah menghasilkan lagu berbahasa Melayu yang akan dimuatkan dalam albumnya nanti.



“Masih lagi mengumpul bahan sesuai untuk lagu baru itu nanti dan lagu itu mungkin berentak mid-tempo atau electro bersesuaian dengan lagu saya sebelum ini. Album belum diputuskan lagi kerana nak tumpukan kepada single dulu.



“Alhamdulilah single terbaru saya setakat ini mendapat sambutan,” jelasnya.



Mizz Nina adalah anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Menjadi satu-satunya ahli wanita dalam Teh Tarik Crew, dia berjaya menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.



Sepanjang penampilannya secara solo, Mizz Nina menyanyi lagu Bahaya yang turut menampilkan Dayang Nurfaizah, manakala dalam video muzik untuk lagu What You Waiting For pula, penyanyi ini mengundang Colby O’Donis.



Sementara itu, video klip terbaru Nina itu juga boleh ditonton melalui laman web rasminya, www.mizznina.com, Jumaat ini yang turut memuatkan pelbagai barangan cenderamata daripadanya.



Bukan saja lagu single, malah peminatnya boleh membeli barangan cenderamata yang direka khas oleh Nina dan akan mula terjual di laman terbabit selepas Aidilfitri nanti.



“Saya ada jual beg sandang, slim bag, singlet dan aksesori lain. Semuanya ada tujuh jenis barangan yang direka khas oleh saya sendiri.



“Barangan ini ditempah di Bandung khas buat peminat saya dengan reka bentuk dan corak yang menarik sesuai dengan golongan muda,” jelasnya.



Walaupun bulan puasa, masa yang dikhaskan untuk berehat digunakan sebaik mungkin termasuk menumpukan kepada penghasilan single dan albumnya.



Teruja sambut raya di Sarawak



BAGI sesetengah artis, ada lebih gemar beraya di kampung halaman tetapi bagi Mizz Nina kesempatan itu tidak pernah dirasainya kerana keluarganya memang menetap di ibu negara.



Berkesempatan beraya di kampung halaman suami di Sarawak memberi peluang kepadanya merasai suasana beraya di rumah mentua selama seminggu.



“Mulanya beraya di sini (Kuala Lumpur), kemudian ke Miri dan Kuching di rumah keluarga suami. Saya sudah tak rasa kekok dengan keluarga suami, malah rasa teruja nak beraya dengan mereka.



“Persiapan raya setakat ini masih belum buat apa-apa lagi mungkin lagi seminggu nak raya baru nak siapkan lagi pun kami berdua saja jadi persiapan pun sederhana,” katanya. Pasangan ini bernikah pada 1 Julai lalu.



Berpeluang mengecapi percutian berbulan madu di luar negara, ia sememangnya meninggalkan kenangan indah buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bulan lalu. Malah kesempatan itu digunakan mereka untuk beristirehat sepenuhnya setelah penat bekerja disamping meluangkan masa berdua.



“Kami ke London empat hari, begitu juga Rome kemudian ke Maldives. Kali pertama dapat menjejakkan kaki di bumi Maldives memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata sebab terlampau cantik.



“Masa yang ada itu kami gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Kenangan yang kami tak boleh lupa ketika di London kena beratur sejam lebih nak tengok Festival Muzik, tiba-tiba tak boleh masuk sebab penuh sesak,” katanya.



Namun, pasangan itu belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat kerana lebih fokus kepada kerjaya masing-masing.

Pen terpacak pada leher



CEDERA...mangsa dibawa keluar selepas pemeriksaan sinar-x dengan pen masih terpacak di leher.

JOHOR BAHRU: “Saya panik sebab doktor kata boleh mati jika pen yang terbenam di leher itu terkena salur darah utama,” kata pekerja stesen minyak, Low Yoke On, 54, yang menunggu hampir empat jam sebelum pen yang terpacak pada lehernya akibat ditikam seorang kenalan, malam kelmarin, berjaya dikeluarkan.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Low berkata, dalam kejadian jam 8.15 malam di stesen minyak dekat Jalan Tun Seri Lanang, dia cedera di kiri leher akibat tikaman pen berkenaan yang terbenam lima sentimeter pada lehernya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia yang bekerja mengawasi pam di stesen terbabit didatangi kenalannya sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.



“Ketika menikam, lelaki itu ada cakap mahu tengok saya mati. Nasib baik beberapa pelanggan mengisi minyak serta rakan pekerja lain membantu menyebabkan lelaki itu lari,” katanya.



Mangsa menjerit kesakitan sebelum berlari mendapatkan bantuan majikannya dan di hantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Dia menjalani pemeriksaan sinar-x sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau di sini untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pen itu.



Wajah penyamun simbah asid



BURU...lakaran wajah suspek.

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan negara dengan beberapa kes simbah asid awal tahun ini.

Satu kes berkenaan berlaku pada 26 Julai lalu, menyebabkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat dirompak RM18,000 milik syarikatnya selepas disimbah cecair selepas keluar tandas di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.



Pada 8 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun pula melecur pada muka selepas disimbah asid ketika dihampiri tiga lelaki ketika berjalan berseorangan di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dan sehingga kini mangsa masih dirawat di hospital.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, dalam kenyataannya di sini, semalam, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu kaitan dengan siri kejadian menyimbah cecair sebelum ini.



“Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini. “Polis berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mengesan saksi termasuk menemuduga mangsa bagi tujuan mendapatkan gambaran jrupa bentuk fizikal suspek,” katanya.



Menurutnya, setakat ini polis membuat lakaran wajah seorang suspek rompakan yang menggunakan asid di stesen minyak berkenaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops melalui 03-21159999,” katanya.

Tuesday 16 August 2011

Yusry dan Lisa Surihani Tak rancang kahwin



SEPADAN...Yusry dan Lisa sibuk dengan kerjaya.

KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.



Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.

Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.



Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.



Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.



Monday 15 August 2011

Tasha Pelakon Drama Gemilang mirip Krisdayanti?

MEMILIKI wajah cantik persis penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD tidak pernah membuatkan bintang baru yang semakin menyerlah, Tasha Shilla, 24, perasan dan membangga diri.

Namun, kecantikan anugerah Tuhan tidak pernah membuatkannya berhidung tinggi, malah kehidupannya berpijak pada bumi nyata.



Walaupun kini Tasha antara wajah baru yang menjadi buruan pengarah dan produser, malah namanya juga semakin meniti di bibir peminat, Tasha masih seperti dulu. Tiada apa yang menukar kehidupannya kecuali kesibukannya di lokasi penggambaran drama dan filem.



“Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini. Saya hanya berharap peminat menilai bakat saya, bukannya mengukur paras rupa. Kalau ikutkan ramai pelakon baru berwajah cantik menjadi perhatian ramai seperti Nur Fathia, Siti Saleha, Sara Ali dan ramai lagi. Saya kagum dengan kecantikan dan bakat mereka.



“Bagi saya, apa guna berwajah cantik tetapi tiada bakat. Kalau sekadar mahu menyertai dunia lakonan kerana mengejar nama dan populariti, lupakan saja. Tidak ke mana apa yang dikejar itu. Jujurnya, saya tidak kisah sekiranya tidak popular asalkan saya dapat kekal lama dalam perjuangan saya.

“Saya berlakon kerana minat, bukannya mengejar kemewahan hidup. Tidak keterlaluan dikatakan, saya bercita-cita bergelar model, pelakon atau penyanyi sejak kecil lagi. Itulah jawapan saya sekiranya ada yang bertanya apa cita-cita saya. Saya juga suka bergaya dan melaram sejak di bangku sekolah.



“Ibu bapa pula mengikut apa saja permintaan saya. Mereka sanggup menghantar dan mengambil ketika saya menyertai kelas tarian dan vokal. Bagaimanapun, saya tidak sempat mengikuti kelas lakonan, tetapi saya sempat menimba sedikit ilmu lakonan daripada sepupu yang menuntut dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Malaya,” kata anak kelahiran Ampang, Selangor itu.



Tasha menjelaskan, dia tidak pernah meletakkan wajah cantik sebagai taruhan untuk memudahkannya memburu watak penting, sebaliknya dia berusaha memperkenalkan diri dengan cara tersendiri iaitu menghantar profil diri kepada syarikat produksi.



Jujurnya, Tasha akui: "Apa yang mahu dimalukan, saya sanggup turun naik menghantar profil diri saya kepada syarikat produksi. Saya berusaha mencari ruang untuk mengetengahkan diri. Tidak guna bergoyang kaki menunggu rezeki datang. Bagi saya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Alhamdullilah, dengan usaha tanpa mengenal erti malu untuk memperkenalkan diri akhirnya tawaran datang melimpah ruah, sampaikan tidak menang tangan dibuatnya.



“Alhamdullilah, selepas drama Gemilang dan Sahara yang memperkenalkan diri saya, hingga kini, saya tidak berehat walaupun pada bulan Ramadan. Kini, saya masih bertungkus lumus menghabiskan baki empat episod drama bersiri Ramadan Terakhir arahan Ungku Ismail Aziz yang kini disiarkan setiap Selasa, Rabu, Khamis, jam 10.30 malam di TV3. Selepas Aidilfitri, saya akan kembali ke lokasi penggambaran drama Zikir Untuk Dia.”



Gadis yang pernah membintangi filem Ratu The Movie, Klik 3GP dan Rock 2 itu berkata, dia mungkin agak terlewat menyertai dunia lakonan kerana dulu tidak mendapat keyakinan diri untuk berada di depan kamera.



“Kalau ikutkan saya sudah berjinak dalam dunia lakonan ketika berusia 17 tahun. Saya pernah membintangi filem KL Menjerit 1 dan sitkom Spanar Jaya, tetapi hanya setakat itu kerana saya tidak mendapat keyakinan diri.



“Saya sanggup mencuba walaupun dibayar RM30 saya tetap terima. Bagaimanapun, selepas beberapa tahun saya cuba mencari keyakinan diri dan akhirnya saya berjaya melalui uji bakat filem Ratu The Movie. Bagaimanapun, sehingga kini, saya masih belajar, saya bukanlah pelakon sempurna,” katanya.



INFO: Tasha

NAMA: Natashasheila Abd Razak

NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla

ASAL: Ampang, Selangor

USIA: 24 tahun

TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987

KERJAYA: Model dan pelakon

ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik

FILEM: KL Menjerit 1, Ratu The Movie, Klik 3GP & Rock 2

DRAMA/TELEFILEM:
Spanar Jaya, Dottie, Gemilang, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta, Sahara, Ku Yakin Berlaku, Mencari Jannah, Cinta Dalam Botol & Ramadan Terakhir.


Lagi gambar tasha







Gambar Scha Al-Yahya Masa Kecil





Saturday 13 August 2011

Friday 12 August 2011

Gambar terbaru BCL, Ashraf Sinclair dan anak di bulan puasa

Bunga Citra Lestari Buka puasa dan pengajian with Anak Yatim


Noah ikut pengajianhappy 10 month yaah buat noah


Resistance Bands, Free Blogger Templates