Thursday 28 July 2011

Singa dah kecut perut dengar 85000 tiket habis dijual

TERUJA...Tengku Abdullah ceria ketika meluangkan masa melawat sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

BERITA 85,000 tiket perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil yang habis dijual semalam nyata mengundang rasa kurang senang buat jurulatih kelahiran Serbia, Radojko Avramovic.

Bagaimanapun beliau tetap menganggap anak buahnya sedia mengharungi sorakan penyokong Harimau Malaya di stadium yang membawa tuah kepada pasukan tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF, Disember lalu.


“Memang sukar jika semua 85,000 penyokong datang menyaksikan perlawanan esok (hari ini), tapi pemain saya sudah melalui situasi sama sebelum ini dan kami sudah cukup bersedia.

“Dari aspek lain, kehadiran penyokong yang ramai ini bagus untuk kedua-dua pasukan daripada bermain tanpa penyokong,” katanya dalam sidang media yang turut disertai rakan sejawat, Datuk K Rajagobal semalam.


Skuad Singa kini memiliki kelebihan dua gol selepas melakar kemenangan 5-3 ke atas Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.


Dan jurulatih yang mula membimbing Singapura pada 2003 itu nyata tidak menyenangi soalan wartawam yang menyentuh mengenai strategi bakal digunakannya pada aksi timbal balik nanti.

“Siapa beritahu anda yang kami akan bermain (secara bertahan) seperti itu? Siapa yang beritahu anda yang kami akan hanya bertahan dan tidak menyerang? Saya anggap ini perlawanan ini seperti yang lain.


“Apa yang penting kami sudah bersedia untuk mencapai sasaran kami bagi layak ke pusingan seterusnya,” kata Avramovic, turut dikenali dengan panggilan Raddy.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Raddykecut/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Resistance Bands, Free Blogger Templates